Sunday 7 July 2013

Jana wang dengan buat simpanan???? Macam mana tu???




Situasi sebenar yang selalu dialami oleh ramai orang, tidak kira faktor usia, umur mahupun jawatan:
Haish hari- hari kerja, kerja, kerja!!!!!!!!!!!!

Cukup bulan pula dapat gaji guna untuk bayar rumah, bayar kereta , bayar hutang, makan minum semua lepas tu gaji sebulan habis macam tu aje.. Adakalanya kalau terlebih je belanja sikit duit dah kering terpaksa korek- korek dalam akaun simpanan. Akibatnya makin lama makin susut duit dalam akaun simpanan smpai kadang- kadang sesen pun tak ada yang tinggal.

                                              

                                            MENGAPA KEADAAN INI BERLAKU????

Ramai yang tidak sedar tentang kadar inflasi yang semakin meningkat. Harga barang makin lama makin naik tahun demi tahun. Ini yang menyebabkan kuasa membeli kita semakin berkurang..Gaji yang kita terima walaupun besar tetapi tidak mampu untuk menjadikan kita bebas dari masalah kewangan..Walaubagaimanapun masalah ini dapat dielakkan sekiranya kita bijak merancang hala tuju & matlamat kewangan kita. Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang kegagalan untuk dirinya sendiri.




Ingin saya kongsikan dengan anda semua kisah duka seorang hamba ALLAH yang pernah saya temui ni.
Suaminya seorang yang bolehlah dikatakan berpendapatan besar lah juga. Suatu hari suaminya diserang penyakit leukimia. Akibat dari penyakit tersebut suaminya meninggal dunia. Ketika si suami meninggal dunia alangkah terkejut si isteri melihat dalam poket suaminya hanya ada RM5 sahaja. Selepas kematian suaminya itu anak & isterinya hidup melarat. Tiada siapa yang menghulurkan bantuan mahupun sumbangan termasuklah saudara maranya sendiri.. Semua kawan, saudara mara melarikan diri darinya..Takut dia nak pinjam duit...Akhirnya si isteri & anak- anak terpaksa merempat menjadi gelandangan..Saya bertanya kepada si isteri, "Macam akak boleh jadi macam ni kak?" Dia menjawab, "akak dulu sekolah tak habis, terus kawin, dapat plak laki yang berada...tapi tu lah dia boros, tak reti nak menyimpan, last- last meninggal duit sesen pun tak tinggal untuk kami semua".


Lihatlah sendiri betapa pentingya untuk kita merancang kewangan.Sebaiknya anda dinasihatkan agar mengetepikan sejumlah wang untuk perbelanjaan, sejumlah wang untuk di simpan di akaun simpanan biasa & sebahagian lagi wang disimpan untuk menjana pendapatan seperti membuat simpanan pelaburan di unit amanah agar anda dapat mencapai matlamat kewangan anda & bebas dari masalah kewangan. Terdapat 2 jenis pelaburan unit amanah iaitu syariah & konvensional. 


                   Apa beza syariah & konvensional?

Syariah- wang anda akan dilaburkan pada kaunter- kaunter yang patuh syariah
Konvensional- wang anda akan dilaburkan pada kaunter- kaunter yg haram seperti judi, arak.
Oleh itu sebagai seorang muslim berhati- hati ketika memilih dana unit amanah anda. Baca prospektus & kaji di kaunter mana wang anda di laburkan.


Kenapa kita perlu untuk membuat simpanan pelaburan unit amanah?

  •  Dapat menjana wang simpanan anda. Bila anda membuat simpanan pelaburan di unit amanah secara tak langsung wang akan bekerja untuk anda. Wang anda akan di 'grow' kan lagi..
  • Anda akan dapat menikmati 2 manfaat iaitu pertumbuhan modal( pertambahan unit) + aliran pendapatan( agihan atau dividen lah orang biasa sebut) sebagai pulangan pelaburan anda. So best apa simpan duit pun boleh buat duit. Bila agihan(dividen) diumumkan dapatlah anda semua duit, boleh pergi holiday.
  • Lagi satu saya nak cerita, bila anda simpan duit kat unit amanah ni anda boleh beli & jual pelaburan anda bila- bila masa jer.. Tak macam anda buat investment untuk hartanah payah sikit nak jual kene tunggu ada buyer baru boleh jual..Tapi walaupun unit amanah ni bole beli & jual bila- bila masa itu tak bermaksud anda boleh buat sesuka hati . Mesti ada strategi, mesti ada perunding unit amanah yang jaga & pantau pelaburan anda. Perunding unit amanah perlu tahu strategi untuk 'make profit' yg maksima agar matlamat kewangan anda tercapai.

Jadi apa tunggu lagi???? Anda patut bertindak sekarang, apa yang anda lakukan sekarang adalah penentu masa depan anda sekeluarga. Jangan biarkan hidup anda dibelenggu masalah kewangan Untuk mengetahui lebih  lanjut lagi mengenai simpanan pelaburan unit amanah ini, hubungi NADIA perunding unit amanah anda di 0127670296 .
Free Backlinks